Perakex Top Blogs

Carta Mingguan Blog Popular

Top Blogs Minggu ini

Blog-blog pro-Pakatan semakin lama semakin lesu. Walaupun terdapat beberapa peningkatan dikalangan beberapa blog, namun secara keseluruhan, pengunjung ke blog-blog pro-pakatan semakin berkurangan.

Minggu ini, terdapat banyak perubahan berlaku.

Blog naik

Dikalangan sepuluh teratas…Kedahlanie kembali merampas kedudukan dibelakang Tukar Tiub. Pinkturtle terus melonjak dengan melangkau wartamaya,MSO dan Perakexpress untuk menduduki tangga ke 5.

Terdapat beberapa blog yang menunjukkan prestasi yang konsisten. Amin Iskandar dan CKChew terus meningkat. Amin dengan analisis berita yang baik manakala CKChew terus membawa berita yang menyentuh rakyat.

Beberapa blog lagi semakin aktif dan terus meningkat. Nuraflah, Era Pasca, Pendikar Gunung dan Wfauzdin terus menerima pengunjung baru. Memang seronok bila mendapat banyak hits, tapi kalau konsep blog yang sedia ada, aku tak fikir blog-blog ini dapat bertahan lama. Keempat-empat blog ini rajin membuat posting..dan setiap kali posting dibuat, sudah pasti pengunjung akan masuk dan seterusnya meningkatkan hits. Tapi kalau berita yang sama diolah semula..lama-kelamaan pengunjung akan jemu.

Banyak blog-blog yang mempunyai konsep seperti ini yang naik dengan cepat…tetapi sampai separuh jalan, dia mula turun. Aku bagi contoh-contoh…PR-VS-BN, Love Perak, Lagi Berita, Anakmuda Shah Alam…malah satu blog yang paling banyak mendapat hits satu masa dulu seperti Skuad Dun Batu Caves, sekarang jauh terkebawah.

Blog jatuh

Banyak blog yang jatuh..tapi aku tak mau sebut semua. Cuma nak ambil beberapa blog yang boleh dijadikan contoh.

Perakex juga terus jatuh..dan akan terus jatuh sehingga hujung tahun ini. Pasai apa? Nanti aku cerita pasai apa aku biarkan Perakex terus jatuh.

Din Binjai dah mula jatuh. Kalau tak control…ia akan terus jatuh. Din Binjai rajin buat posting, tapi dalam masa yang sama, menghantar artikel ke email. Kalau aku dah baca email, pasai apa aku nak masuk blog? Dan lagi satu, belum tentu artikel yang dihantar kedalam email tu dibaca orang. Satu hari aku terima antara 30-50 email yang dihantar, berkenaan artikel yang dipost diblog mereka. Sorri la…kebanyakannya aku delete. Tak terbaca.

Pada 26 Nov, aku tulis “Chegu Bard juga menunjukkan peningkatan yang mendadak, tetapi Chegu Bard memilih jalan lain untuk popular iaitu dengan menghantar email seberapa banyak yang mungkin mengajak pengunjung berdiskusi di blognya. Satu idea yang bagus tetapi peningkatan hits seperti ini tidak akan bertahan. Kita tengok bagaimana ranking Chegu Bard minggu depan.

Din Binjai dan Chegu Bard membuat pendekatan yang sama, dan…mendapat hasil yang sama.

Bawean Termenung juga jatuh mendadak walaupun rajin membuat posting. Tetapi seperti yang aku katakan…kalau berita yang disiarkan adalah berita yang telah disiarkan ditempat lain, orang masuk sekali dua saja..lepas tu orang tak masuk dah.

Cenangau terus jatuh..Apa dah jadi kat Cenangau? Blog dah naik sawang!!

Bagan Utama juga terus merudum. Apo kono eh jang? Manakala blog Aduka Taruna terus melekat ditempatnya. Dah dekat sebulan aku memerhatikan blog Aduka Taruna… tak naik dan tak turun!!

Blog kembali bernyawa

Blog Anak Sengat dan Telok Bakong Online kembali kedalam Alexa 100,000. Teruskan Jaiswings, Kelulut..teruskan konsep hangpa. aku lebih minat dengan cerita-cerita belakang dapor orang-orang Telok Bakong daripada cerita yang diulangsiar banyak kali.

Blog Terkeluar

Blog-blog yang terkeluar semakin banyak. Minggu ini, tujuh lagi blog terkeluar dari senarai Alexa 100,000. Pak Karamu boleh dimaafkan kerana pergi Mekah. Ikutsukaakuisa.co.cc kena suspend. Sekarang pengunjung kena pergi ke ikutsukaakuisa.blogspot.com pulak. Dan ISA kena bermula dari bawah.

Hijat Panjang dah sibuk dengan bisnis..malas nak berblog. Tun Telanai, The Cyber Sniper, Ipoh Mali semua terkeluar dari senarai Alexa 100,000.

Sejak aku mula bulan lepas, setakat ini sudah 14 blog yang terkeluar dari senarai Alexa 100,000. Apa dah jadi?

1612a1612b1612c1612d

December 17, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: