Perakex Top Blogs

Carta Mingguan Blog Popular

Perakex Top Blogs (9/12/09)

Oleh: MSK

Blog-blog pro-Pakatan Rakyat semakin lama semakin lesu secara keseluruhan. Kali ini …tak ada alasan mengapa kebanyakan blog terus menurun. Hari Raya Haji dah habis.

Hari ini, empat lagi blog terkeluar dari senarai 100,000 Alexa. Blog Xenan, Ummu Asiah, Proreform, dan Bumiperak. Manakala blog SesamaIslam telah di delete oleh tuanpunya blog. Sebab utama mengapa blog ini terkeluar adalah kerana tidak dikemaskini setiap hari. Blog Ummuasiah mempunyai cerita yang bagus, tetapi apabila tidak dikemaskini secara konsisten, pengunjung malas nak mencari.

Terdapat beberapa lagi blog yang tidak dikemaskini dan menunggu masa untuk terkeluar. Blog Hijat Panjang mungkin akan terkeluar dalam masa sehari dua ini.

Blog Albanjari terkeluar dari senarai 10 teratas kerana dipintas oleh Greenboc. Dan Pinkturtle terus memanjat anak tangga dengan berita-berita terkini dari Kelantan dengan menguis Malaysiawaves yang terus dengan isu-isunya sendiri.

Penarik Beca turun kerana bercuti selama 4 hari. Pasai apa Pak Bakaq? Duit Streamyx tak bayaq ka? Kesian Pak Bakaq. Hari tu kereta nak kena tarik…letrik kena potong pasai tak bayaq. Tu pun ada orang dok kata dia terima duit dari Umno.

Kedahlanie kembali bertenaga manakala Perakexpress terus turun akibat dari experiment sendiri. Perakex akan kembali selepas membuat penilaian semula. Beberapa blog lagi terus turun dengan konsisten. Pahangdaily mungkin akan dipintas oleh Aduka Taruna minggu depan.Manakala Ajijoi terus terun menjunam.

Bandar Tasik Mutiara perlu mengubah layout yang terlalu lambat untuk diupload. Kalau setakat broadband GPRS..perlukan masa hampir 5 munit untuk diupload. Banyak sangat widget.

Tun Telanai…dulu musuh aku sekarang dah jadi sahabat…juga semakin kurang menulis. Tun Telanai mampu menulis dengan penuh hujah, tapi sekarang semakin lemah. Pasai apa?

Laman Marhaen juga terus merosot. Bulan lepas dia berada disenarai Top Ten, tapi lepas Raya Haji terus menjunam. Jangan sampai terkorban sudah la. Satu-satunya blog yang terus segar sejak era reformasi.

Ada bebrapa blog yang menunjukkan peningkatan yang mendadak. Blog Amin Iskandar naik secara slow and steady. Ibnu Hasyim naik mendadak manakala M3M juga melompat 20 anak tangga Perakex.

Zulmamak kembali kesenarai top 100 apabila mula membuat posting. Tu la…kalau tak update lebih dari seminggu…sudah pasti akan terkeluar.

Minggu lepas aku menulis tentang blog Zainulfaqar. Aku katakan blog ini akan meningkat dengan baik..tapi secara tiba-tiba dia menukar cara penulisan. Sekarang dah macam baca Harakah. Akibatnya menjunam begitu jauh.

Blog pemimpin juga semakin lama semakin jatuh. Blog Anwaribrahim juga merosot..Dari tangga ke 562 Alexa, sekarang jatuh ke tangga 646.

Dua minggu lepas, aku tulis tentang blog Idhamlim. “Dengan trend penurunan sebanyak 10% sebulan, tidak mustahil…diakhir tahun ini, blog Cina Islam akan terus turun dan dipintas oleh Penarik Beca, kecuali sesuatu pembaharuan dibuat..ataupun Perak bergolak kembali.“

Belum cukup tahun, blog Idhamlim menjunam dengan begitu teruk. Bukan setakat dipintas oleh Penarik Beca malah sudah dipintas oleh beberapa blog lain. Dari tangga ke 745, Idhamlim kini berada di tangga ke 1,302 Alexa , dibelakang Perakex.

Begitu juga dengan blog Tok Guru yang jatuh dari tangga ke 1922 ke tangga 5578 Alexa. Blog Nasrudin Tantawi juga jatuh dari tangga ke 8246 ketangga 13,075.

Untuk melihat senarai penuh Perakex Top Blogs, lihat disini.

December 10, 2009 - Posted by | Uncategorized

4 Comments »

  1. “Aku katakan blog ini akan meningkat dengan baik..tapi secara tiba-tiba dia menukar cara penulisan. Sekarang dah macam baca Harakah”

    aku suka ayat nie ! MSK, harakahdaily ada ranking tak ?

    MSK pun dah kurang menulis. tak macam sebelum2 nie..

    Teruskan perjuangan dalam penulisan.

    Comment by FaridShah | December 10, 2009 | Reply

  2. hmm.. lihat di sini?

    di mana tu? link tak berfungsi?

    Comment by edyes | December 17, 2009 | Reply

  3. ha..ha.

    Aku copy dari Perakex..lupa nak buang ayat yang terakhir.

    Comment by matsamankati | December 17, 2009 | Reply

  4. ohh… bila sy tengok entry yg lattest, baru paham kenapa ada ayat tu.. hehe

    Comment by edyes | December 19, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: