Perakex Top Blogs

Carta Mingguan Blog Popular

Perakex Top Blogs

Keadaan blog-blog Pro-Pakatan minggu lalu tak ubah macam pasaran saham. Secara keseluruhan, blog-blog pro-PR mengalami penurunan berikutan Hari Raya Haji.

Ramai yang tidak mengemaskini blog dan akibatnya, lima blog terkeluar dari senarai top 100,000 di ranking Alexa. Sementara itu, blog Kickdefella dikeluarkan dari senarai kerana ia tidak lagi melambangkan pro-Pakatan.

Blog Nuraflah, LubokKawah, TBO, Anaksengat dan Perakkite tidak dapat dikesan dalam senarai Alexa.

Tujuh blog baru dimasukkan kedalam senarai. Sesama Islam, Ibnuhasyim, Cipantapirtenuk, Zainulfaqar, Musafir Lalu, Hantu sabun dan Siasahdaily.

Pinkturtle melonjak ketangga kesembilan berikutan laporan-laporan yang terkini tentang apa yang berlaku di Kota Bharu. Lonjakan Manjongmari dan Saynotomunafiqeen telah berhenti apabila mereka juga berhenti bercakap tentang isu PMBK.

Sementara itu, blog CKChew melonjak dengan mendadak berikutan isu-isu yang menyentuh masyarakat…dan blog Chegu Bard terus mendapat perhatian dan berjaya menarik lebih ramai pengunjung.

Penurunan blog Pahang Daily dan Albanjari secara konsisten perlu diberi perhatian. Pahang Daily dan Albanjari perlu mencari sebab mengapa pengunjung meninggalkan blog mereka dan mencari alternatif lain.

Blog-blog yang dijangka meningkat ialah blog Zainulfaqar, Amin Iskandar dan Alkerohi.

Satu perkara menarik ialah blog-blog pro-Pakatan Rakyat seolah-olah sudah tepu (saturated). Jumlah pengunjung secara keseluruhan tidak meningkat dan masih kekal ditahap lama. Terlalu ramai yang menulis perkara yang sama setiap hari dan tidak banyak yang membawa pembaharuan dalam penulisan.

0312a20312b10312c10312d1

Ralat: Blog Nuraflah ditangga ke 65 dengan ranking Alexa 20012. Maaf diatas kesilapan.

December 3, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: