Perakex Top Blogs

Carta Mingguan Blog Popular

Carta blog mingguan Perakex

Carta top-blogs ini akan dibuat seterusnya setiap minggu.

Dan seperti yang aku katakan dalam posting berkaitan minggu lepas…bukan untuk melihat blog mana yang popular dan blog mana yang terror. Apa yang aku cuba analisa ialah tentang apakah persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Masing-masing boleh menilai dengan sendiri, apakah yang boleh ditafsir dengan melihat kedudukan blog-blog anti-BN dibawah.

Tukartiub terus mengungguli carta manakala Kedahlanie jatuh ketangga keempat Carta Perakex. Tempat Kedahlanie diambil oleh Penarikbeca yang melompat dua anak tangga meninggalkan Perakex ditempat ketiga. Perisik Rakyat masih menduduki tempat yang sama walaupun sedikit menurun mengikut ranking Alexa. Terdapat beberapa blog yang meningkat dengan mendadak dan ada juga yang turun.

Ini dapat dikaitkan dengan isu-isu yang mereka bawa, dan jumlah pengunjung yang bertambah atau berkurangan menunjukkan minat pengunjung tentang apa yang mereka mahu baca. Ada dua isu besar minggu lalu. Pertama tentang pita rakaman Hasan Ali dan Blogger dan satu lagi tentang kecelaruan di Kelantan. Pita rakaman Hasan Ali dengan blogger mula dipecahkan oleh Albanjari.

Malah, Albanjari berjanji pada mulanya akan mendedahkan pita rakaman tersebut. Ini membuatkan blog Albanjari menerima peningkatan yang tinggi minggu lepas kerana pengunjung mahu mendengar pita rakaman tersebut. Tetapi apabila Albanjari tidak berjaya memenuhi janji-janji tersebut, pengunjung mula meninggalkan Albanjari.

Malaysiawaves akhirnya mendedahkan pita rakaman tersebut dan menyebabkan pengunjung mula bertumpu ke Malaysiawaves dan peningkatan yang mendadak ini membuatkan Malaysiawaves berjaya melompat dari tangga ke 13 ketangga ke9. Kalau mengikut trend, aku percaya…

Malaysiawaves akan memintas Albanjari paling lewat minggu depan. Ramai yang mahu mengetahui apakah yang berlaku di Kelantan sehinggakan Kickdefella ditamatkan kontraknya. Pendedahan Kickdefella menjadi isu hangat dikalangan pemaya dan pemaya mula menghurung blog Kickdefella sehingga memboleh Kickdefella melompat dari tangga ke 19 minggu lalu ketangga ke 11 minggu ini.

Ada dua blog yang bertentangan dengan Kickdefella. Masing-masing dengan hujah mereka mempertahankan tindakan Arifahmi menamatkan kontrak Kickdefella. Manjongmari dan Saynotomunafiqeen. Dan ini juga melonjakkan kedua-dua blog ini dalam carta Perakex dimana Manjongmari melonjak dua anak tangga manakala Saynotomunafiqeen berjaya menambahkan pengunjung yang cukup tinggi untuk melonjak tujuh anaktangga.

Isu di Kelantan juga menarik minat Penarik Beca dan ini juga yang menyebabkan peningkatan Penarik Beca. sementara itu..beberapa blog menunjukkan penurunan yang mendadak. Pahangdaily terus menjunam. Zulmamak juga menjunam kerana sudah jarang dikemaskini. Begitu juga dengan Harimau Menaip, Perakite, Pemudacheh, Anaksengat yang menunjukkan penurunan.

Beberapa blog lain juga terkeluar dari senarai top 100,000 Alexa. Ketika aku mula-mula membuat senarai ranking Perakex ini minggu lepas, isu panas ialah tentang kepimpinan. Dan blog-blog yang menghentam kepimpinan mendapat perhatian. Maka ada yang berpendapat…kalau nak popular…hentam pemimpin.

Tapi persepsi ini jelas meleset. walaupun masih terdapat peningkatan dalam blog Aduka Taruna, tapi pengunjung lebih meminati isu Kickdefella. Malah pertembungan Baganutama dengan Misbah juga tidak menarik perhatian.

tptp2 tp3 tp4

November 19, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: